Fosil tanduk ini dijumpai tersimpan
didalam salah satu gua di Kelantan. Ketika dijumpai hanya bahagian tanduk yang
masih lagi keras dan kuat. Manakala bahagian lain seperti kulit dan tulang
telah reput dan rapuh. Faktor ini berlaku kerana usia fosil yang terlalu tua
serta factor cuaca dan haba. Ketika dijumpai fosil ini kelihatan seolah
disimpan serta dijagai oleh seseorang. Sekadar makluman, terdapat lebih kurang
7 ekor kijang yang seolah mengawal serta
menjagai fosil ini. Fosil ini dijumpai lebih kurang 15 tahun yang lepas.
Sebenarnya sebahagian besar telah dicanai dijadikan permata, tasbih dan
lain-lain lagi. Ketika membuat kerja-kerja mencanai dan memotong didapati
sebahagian telah hilang secara tiba-tiba. Sedangkan ketika mencanai sebagian
ini diletakkan dibahagian depan mata sahaja. Tetapi apabila ingin dicanai didapati ianya telah hilang dan seolah-olah
ghaib sekelip mata.
Ketika sedang mengemas stor kami, saya
terpandang seolah terdapat satu benda putih yang agak terang berwarna putih.
Seolah-olah diletak oleh seseorang diatas mesin canai lama. Iaitu mesin canai
yang telah rosak yang digunakan oleh kami lebih dari 10 tahun yang lepas.
Setelah diproses dan dicanai dijadikan permata, terdapat hanya 7 biji sahaja
boleh dijadikan permata
Menurut mereka yang arif dengan izin Allah SWT dapat dijadikan sekadar
jalan ikhtiar untuk mengelak pukau, terkena ilmu hitam, kebal dikala kecemasan
serta akan ghaib pada pandangan musuh atau dikala berhadapan seteru. Khasiat
bersifat semulajadi dan alami. Apapun
penggunaan fosil ini hanya bersifat
sekadar jalan ikhtiar sahaja, Wallahualam
Permata tanduk raja kijang putih menjadi batu telah dicanai dan
dijadikan permata saiz 10sen atau bersaiz M. Manakala cincin perak aloi bentuk
dam serta ukiran bunga tebuk bersaiz 19 (boleh ubah saiz) Hasil kerja tangan
pertukangan tukang Kelantan. Apa yang mengejutkan kami serta antara perkara ini
istimewa jika hendak dikatakan tentang permata fosil ini berbanding fosil
tanduk yang lain ianya tembus cahaya..! Adalah sangat-sangat sukar untuk
mendapati fosil seperti tanduk yang telah menjadi batu tetapi tembus cahaya.
Tetapi dengan izin dan kekuasaan Allah
SWT tiada apapun yang mustahil. Saya sifatkan fosil ini satu dalam sejuta.
Status : Tawaran Dibuka
1 comments:
nak beli boleh
Post a Comment