BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, January 12, 2014

Cincin Teras Kayu 7 Jenis Fosil

Cincin perak buatan tangan. Hasil kerja seni pertukangan tukang Kelantan. Ukiran bunga tebuk saiz 19 (boleh ubah saiz ) Permata saiz sedan. Satu gabungan yang menarik. Ibaratnya cantik dimata manis dijari. Permata  gabungan dari 7 jenis teras kayu jadi batu (fosil) terpilih dicanai dijadikan satu permata iaitu :-
1   1)     teras pisang gala
2   2)     teras gemunggal hitam
3   3)     buluh hitam (raja buluh)
4   4)     buluh putih
5   5)     kokka Mekah
6   6)     teras tas
7   7)     naga sari
Walaupun telah berubah menjadi batu tetapi rona-rona urat kayu dan rupa bentuk masih lagi jelas kelihatan.Dengan izin ALLAH S.W.T dapat dijadikan sekadar jalan ikhtiar untuk mengelak dari terkena gangguan histeria, tahan kulit,penawar bisa,mengelakkan dari terkena sihir dan lain-lain.. Gabungan pelbagai jenis teras (fosil)  sangat sesuai untuk dijadikan 'pemakaian diri' sebagai jalan ikhtiar.. Boleh juga ditempah dalam bentuk cincin,loket,gelang dan lain-lain mengikut citarasa anda. Tawaran dibuka melalui rundingan harga berdasarkan persetujuan bersama.. 


Status : Tawaran Dibuka




Thursday, January 9, 2014

Teras Kayu Penawar Hitam Menjadi Batu


Fosil teras kayu penawar hitam dalam bentuk asal sebelum dicanai dijadikan permata. Fosil ini pada asalnya dijumpai tertanam didalam sebuah bukit di Pantai timur. Usia fosil ini dianggarkan lebih dari ribuan tahun. Sebahagian teras yang dijumpai masih dalam bentuk kayu manakala sebahagiannya telah bertukar menjadi batu. Antara kaedah atau cara mengesan teras ini banyak binatang yang berkeliaran secara berkumpulan dikawasan sekitar. Biasanya binatang terutama yang sakit menjilat teras@fosil untuk dijadikan penawar akibat kerana terkena gigitan, patukan atau terkena racun.  Antara kategori 'teras rare' yang perlu dimiliki oleh pengumpul teras.. Fosil ini belum dicuci sepenuhnya. Masih kelihatan debu yang masih melekat pada fosil ini.. Kami sedia menerima tempahan  mengikut citarasa tuan-tuan samada hendak dijadikan permata, loket, gelang, dalam bentuk bongkah dan lain-lain. Juga terdapat dalam bentuk teras kayu. Tawaran harga dibuka berdasarkan rundingan bersama.


Status : Tawaran Dibuka 




Monday, October 21, 2013

Teras Semeru


Teras semeru yang sering dikaitkan dengan teras gemunggal. Cuba tuan bandingkan dengan urat teras gemunggal. Sekadar pengetahuan, sebenarnya dari segi urat kayu tidak kira samada teras gemunggal kampung, gemunggal pulau atau gemunggal bukit dari segi jaluran urat tetap sama saja.Cuma yang berbeza adalah dari segi warna teras tua atau teras muda (hitam @ coklat) Teras gemunggal kampung sering tertukar dengan teras semeru manakala teras gemunggal bukit sering tertukar dengan petai bukit. Tak percaya cuba tebang pokok kelapa bukit,kelapa kampung dan kelapa pulau dan bandingkan jaluran uratnya,pasti sama. Yang berbeza cuma warna teras tua atau muda. Jaluran urat tetap sama.Walaupun ditanam digurun Sahara sekalipun, urat kayunya tetap sama.Tidak salah berniaga tetapi teras semeru mesti dijual semeru bukan gemunggal. Bukan marah, cuma kita sama-sama berlajar. Ilmu ALLAH ini luas. Alhamdulillah sekarang ini, telah banyak blog-blog yang jual gemunggal ori.. Walaubagaimanapun tidak dinafikan, setiap kejadian yang ALLAH SWT jadikan  pasti ada khasiatnya. Jika rasa berminat boleh ditempah untuk dijadikan permata,gelang,tasbih dan lain-lain

 ADMIN -Pengalaman,dulu ambo sendiri pernah habis duit lebih dari rm10 ribu kerana tertipu dengan teras semeru dikatakan teras gemunggal..Akhirnya Ambo cari sendiri,tebang sendiri.. merata ceruk cari.. tebang pokok gemunggal dari saiz besar pinggan hinggga saiz sepemeluk .. dari jenis gemunggal kampung,bukit, pulau..lebih dari 20 tahun juga ambik masa pencarian, pun habis lebih dari RM10ribu juga.Dipendekkan cerita akhirnya alhamdulilliah dapat teras ori.. Bonus gemunggal jadi batu lagi...Syukur.


Status : Tawaran Dibuka

                                URAT TERAS SEMERU SEPERTI PUSARAN IBU TANGAN

GAMBAR POKOK SEMERU 
                                     BINTIK-BINTIK URATNYA KASAR DAN BERPUSAR
PERHATIKAN URAT SEMERU PADA GELANG


Teras Gemunggal Asli


Teras gemunggal ini kami dapat dari sebuah pulau diTrengganu. Pokok gemunggal pulau  lebih mudah ada teras berbanding gemunggal yang ditanam dikampung. Mungkin kerana faktor pasir dan air laut (air masin)  Siap sedia untuk menerima tempahan dijadikan permata,gelang,tasbih dan lain-lain. 

 Status : Tawaran Dibuka





Thursday, October 17, 2013

Permata Kemuning Hitam Jadi Batu


Permata fosil teras kemuning hitam dicanai dijadikan permata bersaiz 'XL'  (A) dan 'M' (A & B). Bentuk bujur dan sedikit bulat. Walaupun telah menjadi batu urat- urat kayu masih lagi kelihatan. Permata B & C permukaan tidak sekata kerana urat atau bentuk asal pada fosil ini. Pihak kami sedia terima tempahan  untuk dijadikan permata,loket, gelang dan lain-lain 


Status : Tawaran Dibuka




Wednesday, October 16, 2013

Permata Kemuning Hitam dan naga Sari


Permata fosil teras kemuning hitam dan teras nagasari dicanai dijadikan permata bersaiz XL tempahan dari seorang sahabat. Pihak kami sedia terima tempahan  untuk dijadikan permata,loket, gelang dan lain-lain 

Status : Telah Ditempah


Sebelum Dicanai 


Selepas Dicanai



Thursday, October 10, 2013

Teras Kayu Ditakuti Hantu Jadi Batu

Fosil teras kayu ditakuti hantu. Antara koleksi fosil rare.Jika sekali pandang dari segi warna, urat dan bau tidak ubah seperti kayu ditakuti hantu. Sangat sukar didapati. Siap sedia untuk dicanai dijadikan permata.Tawaran dibuka untuk tempahan.

ADMIN - Maaflah, gambar tak berapa jelas..maklumlah hanphone murah, 
second hand pulak tu..he..he..

Status : Tawaran Dibuka