BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, October 21, 2013

Teras Semeru


Teras semeru yang sering dikaitkan dengan teras gemunggal. Cuba tuan bandingkan dengan urat teras gemunggal. Sekadar pengetahuan, sebenarnya dari segi urat kayu tidak kira samada teras gemunggal kampung, gemunggal pulau atau gemunggal bukit dari segi jaluran urat tetap sama saja.Cuma yang berbeza adalah dari segi warna teras tua atau teras muda (hitam @ coklat) Teras gemunggal kampung sering tertukar dengan teras semeru manakala teras gemunggal bukit sering tertukar dengan petai bukit. Tak percaya cuba tebang pokok kelapa bukit,kelapa kampung dan kelapa pulau dan bandingkan jaluran uratnya,pasti sama. Yang berbeza cuma warna teras tua atau muda. Jaluran urat tetap sama.Walaupun ditanam digurun Sahara sekalipun, urat kayunya tetap sama.Tidak salah berniaga tetapi teras semeru mesti dijual semeru bukan gemunggal. Bukan marah, cuma kita sama-sama berlajar. Ilmu ALLAH ini luas. Alhamdulillah sekarang ini, telah banyak blog-blog yang jual gemunggal ori.. Walaubagaimanapun tidak dinafikan, setiap kejadian yang ALLAH SWT jadikan  pasti ada khasiatnya. Jika rasa berminat boleh ditempah untuk dijadikan permata,gelang,tasbih dan lain-lain

 ADMIN -Pengalaman,dulu ambo sendiri pernah habis duit lebih dari rm10 ribu kerana tertipu dengan teras semeru dikatakan teras gemunggal..Akhirnya Ambo cari sendiri,tebang sendiri.. merata ceruk cari.. tebang pokok gemunggal dari saiz besar pinggan hinggga saiz sepemeluk .. dari jenis gemunggal kampung,bukit, pulau..lebih dari 20 tahun juga ambik masa pencarian, pun habis lebih dari RM10ribu juga.Dipendekkan cerita akhirnya alhamdulilliah dapat teras ori.. Bonus gemunggal jadi batu lagi...Syukur.


Status : Tawaran Dibuka

                                URAT TERAS SEMERU SEPERTI PUSARAN IBU TANGAN

GAMBAR POKOK SEMERU 
                                     BINTIK-BINTIK URATNYA KASAR DAN BERPUSAR
PERHATIKAN URAT SEMERU PADA GELANG


Teras Gemunggal Asli


Teras gemunggal ini kami dapat dari sebuah pulau diTrengganu. Pokok gemunggal pulau  lebih mudah ada teras berbanding gemunggal yang ditanam dikampung. Mungkin kerana faktor pasir dan air laut (air masin)  Siap sedia untuk menerima tempahan dijadikan permata,gelang,tasbih dan lain-lain. 

 Status : Tawaran Dibuka





Thursday, October 17, 2013

Permata Kemuning Hitam Jadi Batu


Permata fosil teras kemuning hitam dicanai dijadikan permata bersaiz 'XL'  (A) dan 'M' (A & B). Bentuk bujur dan sedikit bulat. Walaupun telah menjadi batu urat- urat kayu masih lagi kelihatan. Permata B & C permukaan tidak sekata kerana urat atau bentuk asal pada fosil ini. Pihak kami sedia terima tempahan  untuk dijadikan permata,loket, gelang dan lain-lain 


Status : Tawaran Dibuka




Wednesday, October 16, 2013

Permata Kemuning Hitam dan naga Sari


Permata fosil teras kemuning hitam dan teras nagasari dicanai dijadikan permata bersaiz XL tempahan dari seorang sahabat. Pihak kami sedia terima tempahan  untuk dijadikan permata,loket, gelang dan lain-lain 

Status : Telah Ditempah


Sebelum Dicanai 


Selepas Dicanai



Thursday, October 10, 2013

Teras Kayu Ditakuti Hantu Jadi Batu

Fosil teras kayu ditakuti hantu. Antara koleksi fosil rare.Jika sekali pandang dari segi warna, urat dan bau tidak ubah seperti kayu ditakuti hantu. Sangat sukar didapati. Siap sedia untuk dicanai dijadikan permata.Tawaran dibuka untuk tempahan.

ADMIN - Maaflah, gambar tak berapa jelas..maklumlah hanphone murah, 
second hand pulak tu..he..he..

Status : Tawaran Dibuka




Fosil Buluh Tumpat


Terdapat pelbagai jenis dan warna fosil buluh tumpat diambil dibeberapa negara. Tidak dinafikan terdapat beberapa jenis fosil buluh dari negara kita. Jika dicanai, walaupun telah menjadi batu@fosil  kelihatan dengan jelas bintik-bintik urat buluh yang kasar berbanding urat kayu. Juga masih terdapat ruas-ruas buluh. Siap sedia untuk dicanai dijadikan permata. Pihak kami juga sedia menerima tempahan dalam pelbagai bentuk dan saiz. Dengan izin ALLAH SWT dapat dijadikan jalan ikhtiar sekadar : untuk mengelakkan dari gangguan binatang buas, gangguan seperti histeria,pukau,tuju, melemahkan binatang berbisa, ketahanan kulit, kekuatan tubuh badan, melemahkan pengamal ilmu hitam, sangat berbisa jika dipukul, menjadi penawar gigitan, patukan binatang bisa, penawar untuk gangguan makluk halus dan lain-lain. (Apapun janganlah dipakai kerana khasiat tetapi pakailah dengan niat kerana ALLAH SWT. Khasiatnya akan terjadi sendiri dengan izin ALLAH SWT). Apapun jika berada dalam darurat/kecemasan tidak salah dijadikan jalan untuk dibuat ikhtiar.Dengan syarat mohonlah kepada ALLAH.Sedia untuk dimaharkan dan jika berminat boleh terus hubungi saya                         

Status : Tawaran Dibuka









Wednesday, October 9, 2013

Teras Kayu Menang @ Laka

Teras kayu menang atau laka siap sedia untuk dicanai dijadikan permata, loket,gelang dan lain-lain atas permintaan. Salah satu teras kategori rare. Biasanya orang-orang tua rendam dibuat minum. Dengan izin ALLAH SWT dapat dijadikan jalan ikhtiar sekadar : ketahanan kulit, tahan penyakit, mengelakkan gangguan dan lain-lain lagi. Awas jangan tertukar dengan katu renggas.Dari segi warna dan urat lebih kurang sama tetapi teras renggas beracun. Saya pernah jumpa ada penjual mendakwa teras renggas dikatakan teras menang, teras delima.Perlu diingat teras renggas juga bila direndam atau diasah air bertukar menjadi merah. Sekadar beringat jer.. Tawaran dibuka untuk dimaharkan.

Status : Tawaran Dibuka